Monday 25 July 2011

Jumaat



Kelabu berbaju kurung plain
Shawl colourful melilit di kepala mengubah penampilan
Itulah aku di hari Jumaat
Hari terakhir mendengar suara-suara remaja di bawah umur
Ada ceria, ada lucu, ada kasar
Sudah terbiasa tak langsung mengugat damai di hati

Wajah itu keletihan tadi, tidur dalam suasana sepi
Bangun apabila di kejutkan, apa nak jadi ni??
Kadangkala aku pulak yang risau tentang mereka
Mereka?? tak perlu di tanya, belum pikir tentang masa depan, yang penting sekarang seronok dengan abaikan segalanya
Bila di tanya, pandai menjawab
"Cikgu... nak pi toilet...!"
10 minit berlalu, wajah itu berada di dalam pintu
Ohhh, lama pi toilet? tidoq situ pulak ka?
Mana ada, dok beratuq tadi..sambil tersengih melihat aku
Macam-macam bukan?? Abaikan...

Cikgu, saya ni orang kenal kat Balai Baru..seorang pelajar lain mencelah
Yeke?? nanti saya pi tanya, saya pon selalu lepak kat situ! aku berseloroh
Ooh.. cikgu pon melepak jugak?
Abis tu.. ingat awak seorang je pandai lepak??
Awak kat sekolah lepak, kat luaq lepak.. kemaihhhh sangat la tu! aku tempelak lagi
Kernyeh, tersengih dia.. aku ingatkan tak menjawab..
Biasalah cikgu, saya artis!
Depa panggil King kat saya, walaupon nama sebenarnya Ariff lebih sedap di sebut
Nanti kita pi lepak sama-sama naaaa, cikgu!
Cikgu single lagi kan? Jom kapel 5 minit...
Banyak cantik, main-main pulak awak dengan saya eh! Aku buat-buat garang
Hehee.. nanti saya pi umah cikgu..
Dalam geram, ada lucu
Dalam lucu, ada kenangan
Sekejap tapi Indah

~15/07/2011, 950 pagi~



p/s: baru sempat menaip, 10 hari catatan ni ada dlm beg aku, Hugs!

No comments: