Saturday 29 October 2011

jauh





kaku, terbelenggu, merasa sesuatu,
mungkinkah ini takdirnya..
aku ingin mara, namun terhenti dek keengganan diri
takut... jika ia berulang lagi

goyah, terseksa, lemas itu aku pasti
apa yang perlu aku lakukan..
masih jauh... terasa jauh dan makin jauh..
gila... kebuntuan merasuk hati

ego, tak kisah, lantaklah meracuni
sudah sebati dalam diri, nak ubah.. perlukan masa
aku memang begini.. tetap satu di mata aku
apa yang terjadi, biarkan terjadi



Sunday 23 October 2011

Biarlah dulu..




Mereka tak tahu, biarlah dulu
Satu ketika nanti, mereka akan faham
Kenapa aku begitu, mengapa aku begini

Tak usah terburu-buru..
Aku tak mahu jadi seperti perumpamaan "yg dikejar tak dapat, yg dikendong berciciran"
Masa akan datang, itu aku pasti

Bukan aku mahu kurang ajar
Apatah lagi mempermainkan mereka
Tapi aku belum temui jawapan yang pasti
Lantas perlukah aku menyakinkan mereka dgn cerita ciptaan sendiri?

Biarlah dulu.. nanti mereka akan tahu
Seindah mana, sekecewa mana.. Aku terima
Seribu bahasa, sejuta kata dalam jiwa aku.. Rahsia tetap bersama aku


hati tetap di sini, jiwa masih bernyawa, diri akan terus melangkah


Monday 10 October 2011

hati bercerita





"aku rindu dia"
bukan meminta tapi ia datang dgn sendiri
perasaan yang dah lama tak mengetuk pintu hati

sejenak terpikir dgn warasnya
adakah itu kata hati aku?
arghhhh, biar benar... adakah aku saja yang merasa sendirian?

jangan larut dalam perasaan, nasihat drpd aku untuk diriku..
aku taknak ia hanya sekadar bayangan gurauan
tiba dan pergi begitu saja

tak perlu mencipta sebuah cerita
jika ia hanyalah singgahan seminit dua
yang pasti... 
"kata hati tak boleh menipu, dan di mulut biarlah ia terus membeku"



Sunday 9 October 2011

Muka aku itu..




Assalamualaikum... :)

Memang agak lama tak apdate blog ni, sibuk dengan hal duniawi yang tak pernah habis dikejar masa, huuuu.. harap-harap pakat sehat belaka la eh, bila apdate ni makanya ada la cerita yang nak di sampaikan, ini semua berkaitan dengan aku, tajuk kita pada hari ini ialah "Aku kah itu??"

Situasi 1:

Aku pi pasar raya terbesaq di Perlis iaitu The Store dgn maksu.. dia je beli barang, aku peneman so tgh dia dok Q nak bayar, aku pi dok bertenggek kat kaunter sebelah yang CLOSED. Mata aku dok melilau lah tgk orang kiri kanan depan belakang, agak lama la aku bertenggek situ.. dalam hati rasa menyampah dah tunggu lama, so aku perhati lah 2 orang cashier time maksu aku bayar.. tiba-tiba maksu aku pusing belakang tgk aku.. dlm hati lagi aku berkata "mesti ada something happen ni bila mana cashier2 tu tengah cakap2 tgk aku".. memang sahih la bila maksu aku kata cashier2 tu kata:

Cashier 1 : eh, dia tu Senior Cashier ke? tgk kita lain macam je..
Cashier 2 : mana??
Cashier 1 : ala, yang kat peti ais belakang tu...

makanya dari itu, maksu aku pusing belakang la nak tgk.. tengok2 anak menakan sendiri.. maksu aku punya la kontrol tak gelak... hahaha! mesti cashier2 tu malu bila maksu dan aku jalan seiring kan, depa tu baru kerja so takutla bila di perhati... wahhhh, aku dapat pangkat jadi Senior Cashier The Store Kangar tu, ada gaya mungkin... ;p

Situasi 2 :

Tempat kerja aku ambik bibik cleaner Indonesia waktu weekend, aku keja dgn maksu aku.. So tadi dia bagitau la, bibik tu kata kawan dia yang mai hari tu bagitau kat boss depa yang dia taknak keja cuci kat tempat kerja aku sbb takut tgk majikan tu, garang.. dalam erti kata lain, majikan tu aku lah...!!! ya ampunnnnn, patutlah time aku suruh dia buat keja kemain senyum peramah dgn aku sbb takut aku rupanya.. kihkih! dan sebab tu jugak maksu aku hairan bila aku bagitau bibik tu peramah, senyum ja tapi bila dgn maksu, dia biasa je... dan bila bibik tu pulang ke kantornya dengan senyuman yang lebar sambil bagitau kat kawan nya, hari ini tak kena marah pon!

Aku memang la ramai kata muka garang, cenge, sombong tapi hati agak baik la jugak... jangan takut naaaa, aku tak makan orang tapi best la bila maksu kata "hang bole jadi pelakon la pahah!!!" terima kasih.... hehee

Sekian untuk cerita hari ini... dok molek-molek, jangan baloh! :)


Monday 3 October 2011

Masa





masa membawa sejarah pergi..
kini jalan itu bukan milik aku lagi..
biarkan ia larut bersama kenangan abadi..

usah di ganggu aku lagi..
hidup ini cuma permainan saja..
ada yang tewas, ada yang menang..
aku tak perlukan kemenangan di dunia lagi..
mencari sesuatu yang hakiki milikNya yang suci

selami jiwa, terdetik di hati..
langkah menyusur tanpa menoleh ke belakang lagi..
aku perlukan kekuatan.. yang hanya ada pada Dia
memohon dan terus berdoa tanpa henti...



Sunday 18 September 2011

dulu & sekarang




eh.. kau, sudah tiada di sini
dulu kau di sini, sekarang dah kat sana
dulu hanya aku & kau, sekarang kau & dia
harap kau bahagia

dulu rajin lepak, sekarang aku hanya di tmpt keja & rumah
kau dah ada peneman sehidup semati, aku bila lagi??
tak apa, nanti sampai waktu.. tiba jua, percaya janjiNya
harap kita temui bahagia

dulu hari~hari sms, sekarang dah jarang
aku terasa, tidak.. sebab aku beri peluang kat kau
malas nak kacau lah.. :)
aku pun nak tgk kau bahagia

dulu & sekarang, aku tetap sama
tiada berdua, hanya keseorangan ke mana saja
itulah aku.. "alone but not lonely"
tersenyum gembira bila lihat kau bahagia..


Friday 16 September 2011

takkan nak jadi ..........??




pelik.. kenapa aku terasa?
bukan tak pernah di perli sebegitu
kali ni kata-kata darinya seperti panahan kilat
sekali kata, seribu kali berbekas dalam hati...

dia bukan siapa-siapa, tapi kata nya ada makna
kenapa aku terasa dengan dia?? pelik...
mungkin gurauan namun ada ketegasan di situ
perlukah aku berubah??

terbawa-bawa hingga ke dalam mimpi, pelik..
bangun, masih lagi terpikir
entah kenapa?, kali ni aku tewas
hilang dia, hilang lah pencarian diriku
*wahai hati, kenapa kau terasa dengan dia??*


Sunday 11 September 2011

Handphone, SMS




Aku ada handphone, nombor berlinekan Maxis
Aku ada handphone, tapi aku malas nak sms
Aku ada handphone, tapi aku tak suka bergayut
Aku ada handphone, tapi aku jarang topup
Aku ada handphone, aku biarkan saja di atas meja

Aku ada handphone, SMS masuk selalu ada
Aku ada handphone, aku tak suka di ganggu
Aku ada handphone, orang yg tak kenal tak jemu hantar SMS
Aku ada handphone, aku makin rimas
Aku ada handphone, pagi petang malam terima SMS, apa kes rajin hantar kat aku ni???

Aku ada handphone, dah aku tak reply.. kenapa nak hantar SMS lagi?
Aku ada handphone, bila ditanya mana dapat nombor aku.. di jawabnya TRY TEKAN SAJA
Aku ada handphone, aku memang tak percaya orang yang tak kenal
Aku ada handphone, ikhlas nak berkawan tak perlu SMS selalu
Aku ada handphone, aku dah semakin rimas..

Aku ada handphone, aku sudah malas nak ambik kisah SMS orang tak kenal tu
Aku ada handphone, biarkan saja orang itu nak hantar SMS
Aku ada handphone, aku bukan 24jam berkepit dgn handphone
Aku ada handphone, harap orang itu berhenti hantar SMS mulai hari ini
Aku ada handphone, aku bukan berlagak tak nak kawan

Aku ada handphone, yang penting saja aku akan layan
Aku ada handphone, 012 2954709?? Man??



Friday 9 September 2011

HOT...link!




Hot Issue minggu ni : 6% caj topup mulai 15 September 2011


Kalo topup rm 5 kena bayar rm 5.30, kalo topup rm 10 kena bayar rm 10.60 dan yang lain nya, korang kira la sendiri eh.. :)

Bagi aku, tiada masalah sebab aku memang jarang nak topup handset.. asyik orang dok SMS in, CALL in ja.. kalo penting sangat, guna telepon rumah call balik. Bagi yang dok SMS aku tak balas tu, jgn sangka aku sombong eh tp aku memang dah tak topup dekat sebulan ni.. Line Expiry on 04.12.2011 :)

Ada pro & kontra bila dikenakan caj ni, dapat la berjimat cermat nak guna topup tu.. ni kalo yg muda mudi, topup rm 10 bole habis dalam masa sehari ja.. O.M.G.!

Benda ni sama la jugak dgn caj yg dikenakan bila kita makan KFC, Pizza Hut, McD and so on.. tapi kita tak nampak sebab kita dah terbiasa nakkan sesuatu, kita mesti dapatkan walaupun harganya byk mana sekalipon..

Jangan merungut sebab masing~masing ada kepentingan bersama.. Status FB aku tu saja lah nak mengHOTkan keadaan, tak efek langsung pon kat penyata kewangan aku bab topup ni.. walawehhhhh!!
 


Apa~apa pon, Rakyat di Dahulukan, Pencapaian di Utamakan.. terbaikkkk!!