Sunday 9 October 2011

Muka aku itu..




Assalamualaikum... :)

Memang agak lama tak apdate blog ni, sibuk dengan hal duniawi yang tak pernah habis dikejar masa, huuuu.. harap-harap pakat sehat belaka la eh, bila apdate ni makanya ada la cerita yang nak di sampaikan, ini semua berkaitan dengan aku, tajuk kita pada hari ini ialah "Aku kah itu??"

Situasi 1:

Aku pi pasar raya terbesaq di Perlis iaitu The Store dgn maksu.. dia je beli barang, aku peneman so tgh dia dok Q nak bayar, aku pi dok bertenggek kat kaunter sebelah yang CLOSED. Mata aku dok melilau lah tgk orang kiri kanan depan belakang, agak lama la aku bertenggek situ.. dalam hati rasa menyampah dah tunggu lama, so aku perhati lah 2 orang cashier time maksu aku bayar.. tiba-tiba maksu aku pusing belakang tgk aku.. dlm hati lagi aku berkata "mesti ada something happen ni bila mana cashier2 tu tengah cakap2 tgk aku".. memang sahih la bila maksu aku kata cashier2 tu kata:

Cashier 1 : eh, dia tu Senior Cashier ke? tgk kita lain macam je..
Cashier 2 : mana??
Cashier 1 : ala, yang kat peti ais belakang tu...

makanya dari itu, maksu aku pusing belakang la nak tgk.. tengok2 anak menakan sendiri.. maksu aku punya la kontrol tak gelak... hahaha! mesti cashier2 tu malu bila maksu dan aku jalan seiring kan, depa tu baru kerja so takutla bila di perhati... wahhhh, aku dapat pangkat jadi Senior Cashier The Store Kangar tu, ada gaya mungkin... ;p

Situasi 2 :

Tempat kerja aku ambik bibik cleaner Indonesia waktu weekend, aku keja dgn maksu aku.. So tadi dia bagitau la, bibik tu kata kawan dia yang mai hari tu bagitau kat boss depa yang dia taknak keja cuci kat tempat kerja aku sbb takut tgk majikan tu, garang.. dalam erti kata lain, majikan tu aku lah...!!! ya ampunnnnn, patutlah time aku suruh dia buat keja kemain senyum peramah dgn aku sbb takut aku rupanya.. kihkih! dan sebab tu jugak maksu aku hairan bila aku bagitau bibik tu peramah, senyum ja tapi bila dgn maksu, dia biasa je... dan bila bibik tu pulang ke kantornya dengan senyuman yang lebar sambil bagitau kat kawan nya, hari ini tak kena marah pon!

Aku memang la ramai kata muka garang, cenge, sombong tapi hati agak baik la jugak... jangan takut naaaa, aku tak makan orang tapi best la bila maksu kata "hang bole jadi pelakon la pahah!!!" terima kasih.... hehee

Sekian untuk cerita hari ini... dok molek-molek, jangan baloh! :)


No comments: