Friday, 22 July 2011
Durian oohh Durian
Semalam yang hangat
Aduhhh, memang hangat
Hangat sebab pekena durian kampung
Itupun cuma seulas bersama sedikit pulut serta santan gula
Di rumah mak njang aku di Kangar
Aku pi dengan mak pukul 930 malam
Rambutan, dokong dan durian kampung menjemput kedatangan kami
Hari ini subuh, aduhh..kepala aku!
Sakit teramat, adakah migrain semula?
Salah makan durian kampung itu kah??
Bangun sembahyang, tido semula
Bangun sepenuhnya tapi badan terasa mahu demam
Jumaat, aku dalam keadaan tak best
Nak salahkan durian kampung kah?
Takdak guna nya...
Supplement fish oil & evening primrose oil ditelan
Tolong selamatkan aku!!
Wednesday, 20 July 2011
Mak, Abah & Sekolah
Haha..bila aku kena sekolah dengan mak & abah tadi, agak berbisa jugak..sebab apa saye?? sebab benda yang sama je disebut. ;p
Sopan santun, feminin sikit (rasa nak nyanyi lagu kumpulan Feminin pulak!!), aduyai..how??
Dah gini aku nya karakter kan..Ayu jiwa, Kasaq fizikal..try berubah dulu, mak aku kata tadi.
Alaaa, bila aku feminin sikit..ada sepupu gelak guling la, dok tak percaya sambil tengok aku tak kerdip-kerdip mata..abis tu?
Bila tadi aku try pakai kebaya yang buat 2 tahun lepas yang tak pernah pakai-pakai, bergaya depan mak..mak kata "alahai, sekeping nya badan" harus bagaimanakah aku??
Biasa la kan, ada adik lelaki je kat umah ni, dok share baju dia je, paham le baju laki camana..t-shirt kereta, kemeja kotak-kotak, nasib la kan size sama..jimat duit aku nak beli baju, nasib baik size seluar je beza banyak..hahaha!! Takpalah mak & abah, tolong doa-doa bagi pahah berubah ke arah kewanitaan eh sambil pahah usaha jugak..Terima kasih, sayam kamu! Muahhhxxxx!
Monday, 18 July 2011
Malas Makan
Pahah....!! mak dok tunggu kat dapoq suh makan.
Hahaha..apa nak jadi ni?
Makan pon kena suruh tapi itulah aku, ada sikap malas nak makan
Sekali makan, jangan dok kata apa
Pahah ni gemuk la, tembam dah pipi tu..Abah aku komplen
Aduyai, bila tak makan di suruh makan
Bila aku malas makan di paksa makan
Terima kasih Abah sebab concern kat anaknya iaitu aku yang malas nak makan ni..=D
12 tahun, aku 42 kg...19 tahun, aku 48 kg...24 tahun, aku 52 kg...27 tahun, aku 53kg
Peningkatan angka yang tak berapa nak menarik
Alhamdulillah aku sehat wala'fiat
Farhah dah makan?? tanya kakak tempat kerja aku
Tak lagi la kak, malas...jawab aku
Ishhhh la, bila entah kak nak malas makan mcm awak..
Heheee..jangan ikot kak, nanti kak slim parah saya!!
Leceh la kuaq makan dgn hang, lekeh sangat makan..kata maksu aku!
Abis tu...aku nak sumbat mana? kalo dah tangki perot ni penuh
Maaf ye..nanti di paksa, akan terkeluaq semula
Hahaaaa..jangan risau, aku tetap akan makan hari-hari
Walaupun aku sememangnya seorang yang PEMALAS untuk makan!!
Friday, 15 July 2011
Kamu
terdengar kat blog www.veloliver.blogspot.com tadi, sempoi je! ilike...
Make Up
M.A.K.E U.P
owhhhh..satu perkataan yang bukan menggambarkan aku
bukan tak suka, tapi tak terbiasa
Cikgu, cantik baju cikgu hari ini..tegur pelajar2 sebelum P&P bermula
Cikgu pon comey, kalau letak compact powder dan calit lipstik lagi ok
Erkkkkkk...tersentap aku!
Saya tak make up tak okey ke?
Okey je cikgu.....
Hahahaaa...walaupon aku tau aku bukannya cantik, comey & segak pon
Layan saja teguran mereka..
Sepanjang 27 tahun ini boleh di kira dengan jari berapa kali aku make up
Itu pon di paksa..tak suka betol!
Bila ke Guardian takpon Watson's dengan sepupu takpon maksu
Aku bagaikan mati kutu..
Eye liner? Eye shadow? Blusher? Lipstik?
Ini hanya separuh yg disebut yang lain aku tak tahu..
Aduhhhhhhh...rasa macam soalan exam lagi senang nak jawab =D
Nanti dan nanti aku tak tau bila
Akan di cuba kot
Mencuba ke atas wajah yang tak seberapa ini
We'll see...
Hehe hehe hehe..
Apa punya entri entah aku buat ni??
Sesuatu
Bermain-main di fikiran ku
0101 pagi 15 haribulan Julai 2011
Di kala semua insan sedang enak dibuai mimpi
Aku sendiri mencari sesuatu
Sesuatu yang belum pasti akan aku miliki
Jauh..jauh...terlalu jauh
Kenapa aku yang lalui semua ini?
Allah akan uji takat mana kita mampu lalui
Ya...aku masih mampu hadapi nya
Aku bukan mahu lari tapi aku mahukan yang pasti
Sesuatu yang terindah dalam hidup
Hidup penuh ketenangan, keamanan, kegembiraan
Tapi bila?
Sampai bila?
Arghhhhhhh...sabar wahai hati!
Mungkin aku ada salah
Tanpa sedar, dalam sedar
Aku manusia..tidak sempurna
Cuma satu..ampunkan aku Ya Allah!
Berikan aku sesuatu........
Wednesday, 13 July 2011
Kawen & Bini
Takkan takda bf lagi ko ni?
Aku tak percaya..
Berulang kali soalan yang sama ditanya
YA..memang aku bukan milik sesiapa lagi
Asalkan hati ini gembira, aku bahagia
Jom jadi bini aku mao??
Zasssssss...seperti petir memanah ke dalam hati
Apakah kejadian ini?
Tak kenal, tak tahu aku bagaimana lagi
Tapi mulut berani meluahkan kata
Benarkah kata-kata itu?
Sengih, kernyeh, gelak sendiri..aku punya reaksi
Di Facebook, bermacam-macam peel boleh dilihat
Menarik bukan?
Biar hati ini tenang dalam kelembutan
Biar hati ini hidup kembali
Baru aku memikirkannya, mungkin itu hanya gurauan daripada Seth Tan (bukan nama sebenar)
Aku tak mengapa, sebab aku dah terbiasa di main-mainkan hati
Tak perlu dendam, tak perlu di balas kerna aku percaya Yang Di Atas maha Adil
Kawen nak?? soalan daripada Daim (bukan nama sebenar)
Bole..ringan saja mulut aku menjawab persoalan ini
Mengapa?
Sebab aku rasa sudah bersedia untuk melangkah ke hadapan
Tak perlu lagi bercinta seperti remaja di bawah umur
Merajuk, dipujuk, bersms, bergayut
Masa itu telah berlalu
Umur makin bertambah, pikiran sudah matang
Tapi adakah Daim serius di kala aku serius?
Jawapan aku, Iya...jawapan Daim??, belum terjawab dgn pasti.







