Sunday, 31 July 2011

Ramadhan


Selamat menyambut Ramadhan, moga tahun ini lebih bermakna untuk kita semua
Salah silap mohon di maafkan ~ aku hanya insan biasa
Yusof Taiyoob.... ( versi iklan di Hot.fm )



noted: lagu tema sudah ditukar untuk sebulan, hayatilah eh =D

30 Julai




Hai kawan-kawan, sekarang 749 pagi.. Ahad yang sangat laparr sebab esok dah nak stat posa :) hakhak..

Sebelum nak posa ni, aku nak buat la last entry dalam belog sbb time posa aku nak kurangkan masa beron9, carik pahala sikit.. ni ngadap facebook, belog ja.. apo nak jadi ni haaaaa??? ;p

Kelmarin dari pagi dalam 830, aku join sepupu Ana, pi rumah baru nya di Kodiang bersama-sama Mak Chak & Ratna, ada org nak pasang grill.. Biasa lah rumah baru kan, pastu pi carik barang-barang hantaran dia nak kawen 20hb Ogos nanti, wahhhhhh.. aku lah pengapit nya, :) kiranya dari Kodiang-->Changlun-->Kangar-->Padang Besar-->Pauh-->Kodiang-->Santan.. petang dlm 630 dia hantar aku pulang, ponat den raso tapi okeyla meringankan beban orang dgn menolong org kan...

Malam plop lepas Maghrib, aku kuar makan kat Maicafe dgn Maksu & anaknya, hok ni memang di plan dari awal tapi di pertengahan jalan, berlakunya event Jejak Kasih antara 3 sepupu.. memang teramat haru biru la, btw, thanks Imi & Mazuwan.. hakhak. tapi lain kali kalo jumpa, jgn dok sebot pasai Ruler nooo, satgi ku kerat 16 1/2 hidup-hidup, spoil mud tol hampa ni, aku bebas dari penaklukan dia, hampa tak pyh la susah-susah nak kembalikan dia kat aku sbb aku memang dah takdak hati kat dia.. Dia,Kita <-- skema la panggilan ni der!! hakhak.. Lama benar tak jumpa Imi.. rindu sehhh! :)




Maksu & Deja.. Maicafe

Sepupu, 2 pupu, 3 pupu



p/s: aku takmo kawen dgn sepupu, satgi anak ada Thalassemia...mencegah lebih baik dari merawat, sekian. Tengok, aku kuar mana-mana ditemani sepupu sepapat & mak sedara je, baik kan aku?? ;p

Friday, 29 July 2011

Pelik itu Aku




6 PERKARA PELIK PASAL SAYA

1) bila MARAH, saya suka PENDAM.. muka tak pyh ckp macamana rupa nye :)

2) suka DRIVE keta laju-laju bila saya MARAH & GERAM.. penah kat roundabout Kangar tu macam nak terbalik keta, nasib baik hidup lagi, alhamdulillah

3) BELANJA sampai habis DUIT bila saya TENSION.. siap nak belanja kawan-kawan, adik-adik lagi tu.. beli apa pon tak tau.. tapi skrg pitih dah kurang tak dpt teruskan habit ni, i'm sory

4) tak dapat nak makan kat SECRET RECIPE, tengok tulisan kedai tu pon dah LOYA.. aritu kezen ajak teman pi makan, ya Allah! bertahan ja.. nak termuntah dah rasa dok dlm tu..

5) paling GELI kat CICAK & KUCING... dok taip ni pon dah meremang bulu tengkuk, lembik-lembik, ekoq terputus, berbulu.. erkkkk!!

6) bila bergambar, mesti semua picx saya SENYUM nampak GIGI sebab saya tak reti nak senyum AYU-AYU. yang ni pon abah saya dok perli selalu...!

kamu pon mesti ada jugak perkara yang pelik pasal diri kamu kan.. ooyeahhhh~



Bukan Lazy Song








hari ni aku terajin plop nak mengemas bilik.... ok lah, untuk aku sorang ja nak tido dalam tu, simple n rilex like me bebeh... :)

p/s: ignore je benda hijau atas katil tu... makchak aku bagi, untuk aku lena di buai mimpi malam-malam, hakhak!


Wednesday, 27 July 2011

Ajal



Apakah semerbak melur ini?
Apakah wangi kasturi ini?
Apakah ini tanda sampai ajal ku?
Apakah nafas ini?
Apakah nyawa ini?
Apakah kalbu, roh ini?
Apakah jasad ini?
Akan kau ambil sebentar lagi?
Pohonku hanyalah satu, Kau jadikan aku seorang Mukmin
Sebelum Mungkar & Nakir menyoal...
MA RABBUKA??

~ Catriona Ross 26.07.11 ~ Halaqah: Sentuhan Qalbu "Mati Hidup Semula"


1, 2, 30



Sebenarnya letih, tapi gagah pi la
Sudah 12 hari, 2 diterima 1 telah pergi tinggal lagi 1
Dalam sibuk-sibuk tu, ada terima 1 tapi perlu di tolak
Tak apa, aku tanggung risiko nya
Rezeki ada di mana-mana saja, percaya pada Nya

Hari ini sudah Rabu, teringat aku kpd Pokcik Lebai & Anaknya di Pasar Malam Stadium
2 minggu tak dapat pi, hari ini? Entah, tak jugak kot..
Isnin depan, insyaAllah kita semua akan mula puasa
Hoooreeaaayyyy!! aku suka.. malam-malam dapat pi terawikh
Dah plan dengan mak, abah nak buat Road Tour sebulan
Moga kali ini mendapat berkat dan rahmat dari Nya

Mungkin akan kurang on9 tidak pun tak akan on9 terus
Aku bukannya baik sangat tapi tak la jahat
Cuma nak kurangkan masa berlibur tanpa arah
Mana tau, nanti tiba ajal ku sebelum apa-apa kan

Pasar Ramadhan dan tolong mak masak di rumah
2 benda yang akan di buat, insyaAllah
Kalau teringin, stat enjin terus pecut
Kalau tak, di dapur rumah saja aku berada

Keja? mencari dan mencari ni..
Kata mak aku, takpa.. buat ibadat bulan Ramadhan banyak-banyak
Mana tau dlm masa yang sama, ada rezeki datang
Ya, betul jugak.. Terima kasih mak!

Selamat menyambut Ramadahan untuk semua yang sudi visit my belog
Salah silap terkasar bahasa, terlebih perbuatan
Harap di maafkan
Puasa bukan hanya tak makan, tapi perlu di jaga dari semua aspek
Panca indera, hati, perbuatan, tingkah laku
Apa-apa yang kita semua tempuhi nanti, harap di berkati Nya




Monday, 25 July 2011

Tidak Perlu



Aku rasa pertama kali aku jumpa orang seperti itu
Dan aku rasa aku tidak perlu ada kawan seperti itu
Ada dan tak ada sama saja bagi aku
Hidup adalah senang bila kita menyenangkan cara
Ini luahan dari kotak pikiran aku, salah atau tidak aku ada hak.