Assalamualaikum dan Selamat Malam
Blog sendiri di buka tanpa sebarang catatan
Blog rakan-rakan di intai, di baca berkali-kali
Malam ini baru tergerak hati nak menekan keypad laptop
Menzahirkan yang hakiki, meluahkan yang tersirat
Tanpa idea, tak ke mana
Tanpa rasa, hilang sedapnya
Hehe.. bab merapu dengan ayat entah apa-apa memang kegemaran saya, lancar ja jari jemari dok tekan keypad, tapi bila di baca sodap jugak noooo.. Perasan sendiri sebentar ya! :)
Well, dah lama tak menulis sepatah dua tiga kata ni.. Rindu pulak rasanya seperti rinduku padamu, cewahhh cewahhhh jiwang mai kacau. Abaikan okey.
Tiba-tiba idea dah hilang
Chatting di fb, mencuit hati
Kawan sekolah di ingati lagi di perhati
Terima kasih tegur saya
Erkkkk, apa-apa je lah. :)
Wednesday, 5 September 2012
Saturday, 9 June 2012
muzik di hatiku
aku suka mendengar muzik
kerana ada saatnya...
ia adalah kata yang ingin ku ucapkan
ketika hati tak ingin berbicara
14.08.2011#
Friday, 8 June 2012
ada atau hilang
senyum di hati, senyum di bibir
bila mengingati dia di sana
mungkin kerna sayang, mungkin kerna terkenang
bila hilang, adakah masih mampu begini?
atau aku tak percaya?
entah, jawapan belum aku ada
tak mahu, tak boleh, tak mampu
ya, aku tak mampu...
hilangnya sepanjang hidup
hilang setahun dua tetap mencari
apatah lagi selamanya..
Tuesday, 5 June 2012
tunggu
Tanya khabar, gurau senda
Dalam hati tetap sama
Hanya mimpi sudah pasti
Lambat laun mungkin kembali
Satu seperti dulu :) #
Thursday, 17 May 2012
Ayat untuk Malam ini:
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH
Moga kita berada dalam lindunganNya, ameen ya Rabb :)
Last update Januari 2012, kadang-kadang jenguk jugak blog ni.. Tapi takda perasaan untuk membuat penceritaan yang berlaku, sebab banyak benda kena setel... Today is a day, rasa nak menulis panjang berjela sudah menusuk ke kalbu... Seharian berbulan-bulan pasti banyak cerita suka duka gembira sedih berlaku, itulah dinamakan sebagai Nikmat Kehidupan, yang baik jadikan petunjuk dalam meneruskan hidup & yang kurang baik jadikan pedoman untuk membaiki diri, biar tak cantik di mata penduduk alam asalkan cantik di mata pencipta alam.
Last update Januari 2012, kadang-kadang jenguk jugak blog ni.. Tapi takda perasaan untuk membuat penceritaan yang berlaku, sebab banyak benda kena setel... Today is a day, rasa nak menulis panjang berjela sudah menusuk ke kalbu... Seharian berbulan-bulan pasti banyak cerita suka duka gembira sedih berlaku, itulah dinamakan sebagai Nikmat Kehidupan, yang baik jadikan petunjuk dalam meneruskan hidup & yang kurang baik jadikan pedoman untuk membaiki diri, biar tak cantik di mata penduduk alam asalkan cantik di mata pencipta alam.
WASSALAM
Tuesday, 31 January 2012
ayat~ayatku..
TIADA WAKTU
by Cik Farhah on Thursday, 20 October 2011 at 22:35
tiada khabar, tiada sahutan
aku bertanya, diam membisu saja
adakah aku saja yang beria-ria?
hari berganti hari, waktu terus berlalu
aku masih ternanti-nanti
bilakah akan muncul saat itu?
rindu ingin bertemu, hati meronta-ronta
teringat, terkenang mencipta satu gelora
arghhhhhh... sabar wahai hati, panggilan mu masih tiada bicara
aku di sini, kau di sana
bukan jarak pemisah pertemuan kita
alasan cuma satu "tiada waktu"; waktu yang di cipta sendiri tanpa peduli kemahuan hati
SUARA
by Cik Farhah on Saturday, 10 December 2011 at 22:41
biarlah suara itu berkata-kata walaupun kadangkala pedih menusuk ke jiwa
biarlah suara itu mengalunkan nada seirama sekata
biarlah suara itu mengulangi kata yang sama setiap masa
selagi suara itu boleh berkata-kata biarkanlah...
bila suara itu sudah tiada pasti hiba rindu kenangan bermain di minda.. AA :)
MALAM INI
by Cik Farhah on Wednesday, 18 January 2012 at 00:08
terbuai rasa irama indah unggas malam, mengasyikkan jiwa.... tenang dlm kegelapan mengingati sang Pencipta.. Dia yang Satu, Dia yang Agung.... tiada sepi, tiada sunyi, tiada ungkapan selain Alhamdulillah, Syukur... Dengupan jantungku masih beralun.
BUKAN PUISI, BUKAN JUGA SYAIR
by Cik Farhah on Tuesday, 31 January 2012 at 01:30
alunan asma ul husna menemani pagiku...
di ruang penjuru rumah, terdengar nyanyian katak memanggil hujan... fobiaku melanda, terkenang... lantas helaian kertas berisi tulisan aku tatap, aku baca, aku cuba menghafal... arghhhh kenapa agak payah? otak semakin penat atau aku semakin malas? mata masih segar, aku suka suasana ini... suam-suam sejuk menyelubungi kiri kananku.. tokwan mad, mak, abah dan adik sudah lena diulit mimpi-mimpi indah barangkali... aku terkial-kial antara baca helaian kertas itu atau berwireless sehingga mata layu... pahah, keputusan di tangan kau... keseronokan sekarang ataupun kegembiraan masa depan...titik!
SPONTAN
by Cik Farhah on Tuesday, 31 January 2012 at 01:43
sekali kena, tiada yg kedua..
bermain dgn khayalan, itu bukan caranya..
watak, posisi tidak lagi penting..
jalan cerita yg panjang tanpa isi hanya mengaburi mata sekeliling...
syabas dan tahniah tapi pesanku jangan buat selalu.... :)
u.p: saya tulis secara spontan bila ngadap facebook, so harini baru publish kat blog.. :)
Sunday, 1 January 2012
Today is January new year 2012
Assalamualaikum w.b.t
Hopefully para viewer tis blog(if ada lah..) sehat walafiat dan sentiasa ceria... ooo yeah!
Well, tahun baru dlm Masehi ni.. membawa kebahagiaan, kelapangan, keinsafan dan kerendahan budi pekerti, akhlak kita semua.. insyaAllah. btw, saya punya Facebook sudah dideactive sejak semalam.. entah! sudah tiada rasa nak beronline selalu... byk benda lain yg perlu dicapai dan dititik beratkan.. hehe! tiada Fb, tak bermakna tak boleh connect dgn kawan-kawan kan...
Okeylah... sudah 23:25, esok Monday.. kerja sampai 7 malam everyday, mencari sesuap rezki..
Tidur dlm berwudhuk dan baca doa ya.. May Allah bless our day, insyaALLAH.
Spread the Love.. wassalam.



