Saturday 29 October 2011

jauh





kaku, terbelenggu, merasa sesuatu,
mungkinkah ini takdirnya..
aku ingin mara, namun terhenti dek keengganan diri
takut... jika ia berulang lagi

goyah, terseksa, lemas itu aku pasti
apa yang perlu aku lakukan..
masih jauh... terasa jauh dan makin jauh..
gila... kebuntuan merasuk hati

ego, tak kisah, lantaklah meracuni
sudah sebati dalam diri, nak ubah.. perlukan masa
aku memang begini.. tetap satu di mata aku
apa yang terjadi, biarkan terjadi



Sunday 23 October 2011

Biarlah dulu..




Mereka tak tahu, biarlah dulu
Satu ketika nanti, mereka akan faham
Kenapa aku begitu, mengapa aku begini

Tak usah terburu-buru..
Aku tak mahu jadi seperti perumpamaan "yg dikejar tak dapat, yg dikendong berciciran"
Masa akan datang, itu aku pasti

Bukan aku mahu kurang ajar
Apatah lagi mempermainkan mereka
Tapi aku belum temui jawapan yang pasti
Lantas perlukah aku menyakinkan mereka dgn cerita ciptaan sendiri?

Biarlah dulu.. nanti mereka akan tahu
Seindah mana, sekecewa mana.. Aku terima
Seribu bahasa, sejuta kata dalam jiwa aku.. Rahsia tetap bersama aku


hati tetap di sini, jiwa masih bernyawa, diri akan terus melangkah


Monday 10 October 2011

hati bercerita





"aku rindu dia"
bukan meminta tapi ia datang dgn sendiri
perasaan yang dah lama tak mengetuk pintu hati

sejenak terpikir dgn warasnya
adakah itu kata hati aku?
arghhhh, biar benar... adakah aku saja yang merasa sendirian?

jangan larut dalam perasaan, nasihat drpd aku untuk diriku..
aku taknak ia hanya sekadar bayangan gurauan
tiba dan pergi begitu saja

tak perlu mencipta sebuah cerita
jika ia hanyalah singgahan seminit dua
yang pasti... 
"kata hati tak boleh menipu, dan di mulut biarlah ia terus membeku"



Sunday 9 October 2011

Muka aku itu..




Assalamualaikum... :)

Memang agak lama tak apdate blog ni, sibuk dengan hal duniawi yang tak pernah habis dikejar masa, huuuu.. harap-harap pakat sehat belaka la eh, bila apdate ni makanya ada la cerita yang nak di sampaikan, ini semua berkaitan dengan aku, tajuk kita pada hari ini ialah "Aku kah itu??"

Situasi 1:

Aku pi pasar raya terbesaq di Perlis iaitu The Store dgn maksu.. dia je beli barang, aku peneman so tgh dia dok Q nak bayar, aku pi dok bertenggek kat kaunter sebelah yang CLOSED. Mata aku dok melilau lah tgk orang kiri kanan depan belakang, agak lama la aku bertenggek situ.. dalam hati rasa menyampah dah tunggu lama, so aku perhati lah 2 orang cashier time maksu aku bayar.. tiba-tiba maksu aku pusing belakang tgk aku.. dlm hati lagi aku berkata "mesti ada something happen ni bila mana cashier2 tu tengah cakap2 tgk aku".. memang sahih la bila maksu aku kata cashier2 tu kata:

Cashier 1 : eh, dia tu Senior Cashier ke? tgk kita lain macam je..
Cashier 2 : mana??
Cashier 1 : ala, yang kat peti ais belakang tu...

makanya dari itu, maksu aku pusing belakang la nak tgk.. tengok2 anak menakan sendiri.. maksu aku punya la kontrol tak gelak... hahaha! mesti cashier2 tu malu bila maksu dan aku jalan seiring kan, depa tu baru kerja so takutla bila di perhati... wahhhh, aku dapat pangkat jadi Senior Cashier The Store Kangar tu, ada gaya mungkin... ;p

Situasi 2 :

Tempat kerja aku ambik bibik cleaner Indonesia waktu weekend, aku keja dgn maksu aku.. So tadi dia bagitau la, bibik tu kata kawan dia yang mai hari tu bagitau kat boss depa yang dia taknak keja cuci kat tempat kerja aku sbb takut tgk majikan tu, garang.. dalam erti kata lain, majikan tu aku lah...!!! ya ampunnnnn, patutlah time aku suruh dia buat keja kemain senyum peramah dgn aku sbb takut aku rupanya.. kihkih! dan sebab tu jugak maksu aku hairan bila aku bagitau bibik tu peramah, senyum ja tapi bila dgn maksu, dia biasa je... dan bila bibik tu pulang ke kantornya dengan senyuman yang lebar sambil bagitau kat kawan nya, hari ini tak kena marah pon!

Aku memang la ramai kata muka garang, cenge, sombong tapi hati agak baik la jugak... jangan takut naaaa, aku tak makan orang tapi best la bila maksu kata "hang bole jadi pelakon la pahah!!!" terima kasih.... hehee

Sekian untuk cerita hari ini... dok molek-molek, jangan baloh! :)


Monday 3 October 2011

Masa





masa membawa sejarah pergi..
kini jalan itu bukan milik aku lagi..
biarkan ia larut bersama kenangan abadi..

usah di ganggu aku lagi..
hidup ini cuma permainan saja..
ada yang tewas, ada yang menang..
aku tak perlukan kemenangan di dunia lagi..
mencari sesuatu yang hakiki milikNya yang suci

selami jiwa, terdetik di hati..
langkah menyusur tanpa menoleh ke belakang lagi..
aku perlukan kekuatan.. yang hanya ada pada Dia
memohon dan terus berdoa tanpa henti...